Assalammualaikum. Salam Sejahtera.
Hai, korang semua!. Apis nak share pasal Interview Bersemuka dekat UKM hari tu. Mestilah nak kena tulis kenangan terindah kot dapat interview dekat UKM walaupun tak tahu lagi diterima ke tak untuk sambung belajar. Memang cita cita Apis untuk ada ijazah sarjana muda atleast dalam hidup. Lagi lagi belajar dekat UKM kan. Siapa tak nak kan?. UKM kot hehe.
Apis dapat interview untuk kos Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan dan Kepujian. Jadi memang excited sebab first choice masa isi UPU hari tu. Tapi macam pelik sikit sebab Medical Assistant sambung ijazah sains pemakanan. Lepas interview tu pun macam rasa pelik. Rasa nak tukar kos pula kan hehe. Gatal sungguh perangai!.
Interview bersemuka ni hari Ahad mula pukul 8.00 pagi di Fakulti Sains Kesihatan, UKM, Kuala Lumpur. Apis ingat kos ni dekat Bangi tapi KL. Alamak jauh pula dah ni tengah tengah bandar pula tu. Pengsan. Jadi Apis sampai pukul 7.33 pagi agak awal tapi tengok calon lain dah ramai sampai penuh orang beratur. Dengan perasaan terujanya terus meluru ke tempat interview. Dah daftar dapat no ke 54. Bayangkan datang awal pun dapat no 54 tak tau la no 1 tu datang pukul berapa lepas sahur agaknya. Masa tengah tunggu giliran di interview tu tengok tengok la sekeliling mana tahu ada yang kenal ke tapi hampeh tak ada. Mostly kos Apis banyak chinese dan perempuan. Memang pun banyak perempuan yang masuk universiti ni. Tengok masa interview pun tau. Lelaki hanya tompokan tompokan kecil je dalam lautan perempuan. Jadi Apis macam tak ada geng nak berceloteh semasa tunggu giliran.
Dalam sejam setengah tu no Apis dah dipanggil beserta 5 orang lagi calon. Kami di bawa ke bilik bawah yang lain. Macam bilik kuarantin. Dekat situ kami di asingkan secara bertiga tiga. Rupanya interview UKM ni secara bertiga sekali jalan. Tak tau la apa motif tapi Apis memang dah tau lama dah sebab ada baca blog dan tengok youtube pasal interview UKM ni. Jadi tak terkejut sangat la. Psssttt.. masa tengah menunggu tu ramai ingat Apis umur 20 tahun kira baru lepas SPM/Matrikulasi la kan. Sebenarnya Apis 25 tahun jadi paling tua la setakat Apis perasan. Namun Apis berjaya manage mukan baby face sampai la habis interview hehe. Cuma kawan yang sekali interview terkejut dan macam nak tegur Apis bila masa memperkenalkan diri. Diorang ingat Apis silap sebut kot 20 tahun jadi 25 tahun hehe.
Masuk sahaja bilik interview ada 3 orang panel. Ketiga tiganya professor sains pemakanan ni. 2 orang kelihatan sangat mesra manakala seorang sangat statik dan sewaktu dengannya. Biasalah dalam banyak banyak mesti ada seorang perangai lain sikit. Namun, Apis masih maintain cool. Dah la resume Apis pergi dekat professor tu confirm kena nanti.
Mula mula panel suruh perkenalkan diri. Disebabkan di tanya dalam english Apis pun jawab dengan yakinnya dalam english. My name... 25 years old, from Rembau, now working as Medical Assistant blaa.. blaa.. blaaa.. Prof tu tanya kerja dekat mana.. Apis pun jawab la pengalaman semua. Rasa macam terlebih lama pula introduce diri. Sebab semuanya dah hafal dan plan. Jadi laju je la cakap macam baca buku teks hehe. Jadi untuk tips interview draft dulu jawapan dan soalan yang korang rasa akan ditanya dan bila tak ada idea jawapan selamat apa yang korang nak gunakan.
Lepas Apis, kawan sebelah pula interview 2 orang chinese. Tiba tiba calon chinese tu cakap boleh tak saya cakap bahasa Melayu. Prof cakap mestilah boleh. 'Oh damn!' penat berbelit lidah speaking tadi. Selepas je calon tu cakap bahasa Melayu. Interview kami terus guna bahasa Melayu sampai habis. Jadi tak payah risau memang boleh cakap bahasa Melayu sebab UKM pun mermartabatkan bahasa Melayu (baca sejarah penubuhan UKM).
Antara soalan yang di tanya kepada Apis.
'Ok Haffiz you're Medical Assistant right? Why you choose Food Science? Why don't you choose Bio Medical (BioMed)? - Damn masa Apis jer tiba tiba english!.
Yes, Actually I love to study about food. I love to give food education to society. Banyak sangat love sampai blank. Apis cuba mengelak dari kaitkan dengan BioMed sebab Apis langsung tak tau apa pasal BioMed.
'Ok why not BioMed?'
Ni nak nangis ni.. "I want to learn about food science more...." terus speechless
'Do you apply for BioMed ?'
"Yes"
'First choice or what?'
"My second choice, my first choice is food science"
'Do you get interview for BioMed. Did you come yesterday for interview?'
"No. I just got for food science." Rasa grammar Apis memang terrible gilos!
'You should choose BioMed'
"Owhh, but I really want food science in UKM" Otak kehabisan idea. Please jangan serang Apis macam ni
'Ok why you choose UKM?'
"because my Medical Assistant Board only recognize bachelor from UKM. So I need to continue study in UKM"
'only UKM?'
"Urmm.. UKM and UPM" Sebenarnya Apis lupa apa lagi Uni yang boleh MA apply tu main bedal jer.
'Alright, apa kelebihan awak yang menyebabkan UKM perlu pilih awak' Pengsan!
"Saya seorang yang fleksibel boleh belajar dan terima sesuatu yang baru.. kreatif blaa blaa blaa". Rasa nak muntah puji diri sendiri. Yang tak boleh blah calon sebelah tiru sebiji jawapan Apis. Tak aci!
'Ok, we are searching for SPECIAL TALENT for our university, So do you have any special talent?' Ermmm malas jer nak bagitau Apis boleh makan 24 jam tanpa henti hehe..
'Setiap tahun saya mewakili sekolah pertandingan Tennis dan Bowling' Cehh memang la wakil sekolah tapi hebat sangat tu tak la hehe.
'So your special talent is sport?'
"umm yes.. and i'm very critical thinking." sambil telan air liur. Tak sangka yang keluar dari mulut Apis pasal Tennis dan Bowling yang bertahun dah tinggal. Matilarrrr!. Tapi secara tak langsung semua calon cakap pasal sukan. Kenapa laa ikut Apis.
Dan ada beberapa soalan lagi santai santai. Soalan general je tak ada spesific sangat pasal kos yang korang terima. Yang penting konfident je. Lepas interview baru lari serkup muka balik rumah sebab banyak sangat 'masuk bakul angkat sendiri' hehe.
Maka berakhirlah interview Apis yang penuh debaran. Siapa yang interview dekat UKM Apis nak bagi tahu kena yakin bila jawab kalau boleh janganlah tiru jawapan orang nampak macam tak ready. Pastikan semua sijil bawa, gam dan pen. Pakai clear folder untuk letak sijil. Pakai kemas dan elakkan warna terang/menonjol. Apis sebenarnya mencuba sahaja nak sambung belajar mana tahu ada rezeki Allah nak bagi. Kalau tak ada Apis apply pula tahun depan sampai dapat hehe. InsyaAllah doakan kejayaan Apis dunia dan akhirat. Kepada calon nak pergi interview tu Good Luck!