Quantcast
Channel: DEAR HAFFIZ!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 68

Pengalaman Dan Tips Melancong Ke Medan Indonesia

$
0
0
Assalalmmualaikum. Salam Sejahtera

Alhamdulillah baru sempat Apis nak update blog. Kali ni nak kongsi pengalaman short vacation ke Medan Indonesia selama 4 hari 3 malam. Sebenarnya, short vacation ni sambil sambil bussiness trip. Kalau nak vacation semata mata memang tidak lerr kan huhu. Apis akan kongsi pengalaman serba sedikit mengenai trip di Medan Indonesia yang sangat best.


Customized Passport dan File Bag ni korang boleh dapatkan di @beautycursescarves atau FB Beauty Curse Scarves Officially, release next month



Sebenarnya Medan ni banyak juga tempat menarik cuma daerahnya agak besar perlu di jelajah. Jadi korang kena spend a lot of time untuk travel dari satu tempat ke satu tempat. Antara tempat menarik yang korang wajib pergi Istana Maimoon, Tasik Toba, Pulau Samosir, Gudang Hajah Mariani, Pulau Puteri, Berastagi, Medan Merdeka Walk, Air Terjun Sipiso Piso dan banyak lagi la. Tapi malangnya Apis tak pergi semua tempat disebabkan jadual yang pack bercampur dengan urusan bussiness tadi. Tapi tetap rasa seronok mengembara di tempat orang. Baru buka sikit mata dan fikiran kita bila lihat budaya dan cara masyarakat lain. Ini tak asyik terperuk jer dekat Malaysia huhu.


Medan, Indonesia





Trip Apis ke Medan bukanlah backpackers disebabkan Apis dah booking 'Pak Supir' (driver) siap siap dari Malaysia. Kalau korang tak nak pakai travel agensi / supir pun boleh sebenarnya. Medan ni banyak sangat Uber, Grab Car, Grab Motor, Gojek dekat sana. On jer application korang melambak lambak. Kereta sewa dan motor sewa pun banyak. Macam Apis tak nak serabut kepala otak dan utamakan keselesaan kononya memang booking Pak Supir siap siap. Dalam RM 900 untuk 4 hari. Memang mahal kalau pergi ramai ramai boleh share share. Kalau nak ambil Pak Supir pastikan yang Muslim takut nanti dia tak tahu halal haram.






Hari pertama, Apis naik flight Air Asia dari KLIA2 ke Kualanamu Airport, Medan. Perjalanan dalam 45 minit sahaja. Apis ambil flight seawal 6.30 pagi. Harga tiket dalam RM 200+ tak silap pergi balik beli 2 minggu before flight. Tiket tak include makan sebab dekat jer tak sempat nak telan makanan dah sampai. Nak jimat jadi baik tak payah. Sampai dekat sana kami di sambut Pak Supir. Dengan beg beg sekali di sambut Pak Supir. Alhamdulillah penat sungguh mengangkat bag huhu.


Airport Kualanamu, Medan Indonesia. Jangan lupa suruh supir berhenti ambil gambar dekat sini huhu.



Dalam perjalanan ke Bandar Medan kami singgah ke Restoran Sobat untuk lunch. Makanan murah murah dan sedap. Dekat Medan ni makanan dia murah jadi jangan risau nak spend duit untuk makan. Kami teruskan perjalan ke Gudang Hajjah Mariani, Fashion Outlet dan Kedai Telekung (lupa nama). Orang kata kalau nak shopping sakan pergi Pajak Ikan (bukan jual ikan tau, jual kain). Tapi lagi murah pergi Gudang Hajjah Mariani lagi murah kalau pandai tawar lagi murah. Bagi Apis walaupun murah fabrik tak bagus sangat, lace dan design pun sangat out dated. Jadi Apis tak borong sangat sebab tak berbaloi. Then, Fashion Outlet memang ada jeans dan t-shirt branded reject murah tapi jenis design biasa biasa jer. 


Restoran Sobat Medan, Indonesia


Kopi Sobat best jugak





Kemudian kami pergi ke Istana Maimon yang menjadi sebutan ramai. Istana Maimon ni dekat tengah tengah bandar Medan jer. Masuk kena banyak IDR 15,000 tak silap (Betulkan kalau salah). Dekat dalam tu korang boleh sewa baju adat dan bergambar. Feeling feeling sultan gitu!. Kalau nak beli sourvenir beli dekat luar istana bawah pokok. Jangan beli dalam istana mahal. Ingat tau tips ni. Lepas tu kami pun cek in di Hotel Syariah Madani. Hotel ni sangat selesa dan wifi pun kuat juga. Hotel ni tak mahal sangat dalam RM 150+ per night. Nak jimat ada jer hotel yang murah harga RM 50-RM 80 dekat Trivago tapi tengok review la yer. Majoriti hotel bajet ni ada masalah macam toilet, lipas, wifi dan terdedah kepada bunyi bising hon kenderaan dekat Medan. Sebab hotel murah murah terletak di tepi jalan yang sesak. Dalam pemilihan hotel ni ikut jenis orang la yer, ada yang tak kisah janji murah, ada yang backpacker tak duduk hotel sangat banyak travel.



Istana Maimoon

Jangan main main dengan Aois, Apis lah Raja Medan yang baru huhu






 Kami rehat sekejap lepas tu pergi Plaza dekat sebelah hotel dan usha usha spa yang best. Sebelah malam pula kami excited nak pergi Medan Merdeka Walk. Dekat sana ada banyak kedai makanan yang best. Dari makanan indonesia ke barat ada. Pilih je mana yang nak. Apis of course la makan Ayam Penyet Medan. Dekat sini popular ayam penyet atau bebek penyet. Korang wajib rasa tau.


Medan Merdeka Walk, Medan Indonesia


Bebek Penyet, Empel Penyet di Ayam Penyet Ria, Merdeka Walk. You should try once!



Hari kedua, Apis ada kursus bussiness dari 7 pagi Pak Supir dah jemput pergi ke tempat kursus dekat area situ. Sangat dekat tapi mengambil masa dekat 40 minit disebabkan jalan macet (jem) seawal 7 pagi. Agak teruk jem di Medan macam KL. Tambah keadaan trafik dia sangat tak teratur dan extreme. Kalau korang sewa motor tu hati hati la yer tak pasal pasal bercuti dekat hospital pula nanti. 
Sebelah malam kami dinner di Tip Top Restoran. Tip Top Restaurant merupakan restoran tertua di Medan. Roti gebu gebu sangat famous dibakar menggunakan arang yer bukan oven. Aiskrim dia pun famous juga.



Restoran Tip Top, Medan, Indonesia


Kami nak pergi food huning!. Ala ala model gita





Hari Ketiga, Apis continue dengan kursus bussiness sampai 5 petang. Kami dah check out siap siap hotel dan terus bergerak ke Tasik Toba nak bermalam di sana. Syiok!. Bandar Medan ke Tasik Toba lebih kurang 5 jam. Apis memang dah KO dekat belakang. Bangun tidur bangun tidur tak sampai sampai lagi huhu. Setelah 5 jam perjalanan kami pun sampai dekat Tasik Toba. Macam biasalah memenuhkan perut yang kosong ni. Lepastu baru cari hotel. Syukur ada Pak Supir sebab kami tak booking pun hotel. Main terjah jer. So a bit pricy, kalau nak murah booking la dekat Traveloka. Pasti murah. Jangan risau sangatlah ada jer hotel murah murah sini dalam RM 150 per night atau lagi murah pun hadooo! Kami bermalam di Melissa Palace, view hotel ni betul betul menghadap Tasik Toba sangat nice. Bangun pagi buka pintu nampak Tasik Toba. Perghhh rasa nak guling guling huhu. Lagi satu hotel ni tak ada kipas yer sebab sana sangat sejuk. Gigil nak mandi.



OOTD dari @bradercrushcasual . Check out their instagram


Naik bot seawal 7 pagi ke Pulau Samosir. Pergi pagi pagi best sangat!



Hari Keempat, kami bangun seawal 6 pagi sebab nak kejar Bot pertama ke Pulau Samosir. Pukul 7 pagi kami dah berlari lari turun ke tepi laut nak naik bot. Nak ke Pulau Samosir ni mengambil masa 1 jam menaiki bot. Best boleh menikmati keindahan Tasik Toba yang biru gitu. Pulau Samosir ni terjadi dari pada letusan gunung sewaktu ketika dahulu dan juga terkenal dengan sejarah 'orang makan orang'. Raja Samosir ni akan melawan mana mana raja di kawasan berdekatan untuk menunjukkan kekuasaan dia. Apabila raja itu kalah dia akan makan jantung raja itu dan organ lain di bagi untuk pengikutnya makan. Begitulah ceritanya. Dekat sana boleh tengok istana raja Samosir. Kecil jer istana dia. Nanti ada jumpa patung Si gale gale. Patung anak raja yang dihidupakan sebab isteri raja sangat sedih dengan kematian anaknya. Alaa alaa Anabelle season 2 cerita dia. Tiberrr!.


Pulau Samosir, Tasik Toba

Patung Si Gale Gale. Ada masa patung ni akan menari nari tak silap



Selain itu ada makam Raja Samosir. Orang samosir ni bila dia mati dia tak di tanam dalam tanah tapi di simpan di dalam batu yang di ukir macam keranda. Itu kepercayaan mereka. Muzium muzium pun ada untuk dilawati. Kalau nak beli sourvenir hati hati ya takut kena tipu. Jangan la beli patung patung ke monumen pelik pelik takut nanti ada benda mengikut balik huhu. Selepas tu dalam pukul 10 macam tu kami balik. Sekejap je kami dekat Pulau tu sebab rushing nak kejar flight. Dah check out semua kami bertolak balik ke Medan dan Kualanamu Airport.






Makam Raja Raja Samosir. Paling besar tu makan raja terkuat dalam sejarah Samosir dan kekuatan raja tu terletak pada rambut dia.


Pulau Samosir nama kaum dia kaum Batak yer.


Sebelum sampai airport Apis nak melepaskan kempunan makan Ayam Penyet Cinderalas yang super duper famous in town. Korang wajib tau makan dekat sini. Ayam Penyet dia sedap dan super pedas. Apis sambal cuit cuit jer la sebab tak makan pedas sangat. Selepas tu pak supir hantar Apis ke airport. Rasa tak puas nak jalan jalan lagi. Banyak tau tempat menarik boleh pergi. Korang boleh review dekat google. Apis ni 'menyambil jer' bercuti dekat Medan. Nanti ada masa nak datang bertapak dekat Medan lagi. Kalau korang solo travel pun tak ada masalah sangat senang jer di Medan.


Ayam Penyet Cinderala, Medan Indonesia

Napoleon Durian Cake, Jangan lupa sebagai ole ole Medah. Sedap sampai nangis!






Okla itu sahaja, percutian 4 hari 3 malam Apis di Medan Indonesia. Kalau ada soalan boleh jer tanya. InsyaAllah Apis akan bantu korang.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 68

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes